Saturday, 26 January 2013

Nikmat Allah Perlu Disyukuri

Kenapa kita perlu bersyukur dengan segala nikmat?
Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Kerana semua nikmat ni hanyalah pinjaman daripada Allah untuk sementara sja..
Sementara kita masih di dunia..
Sementara kita masih bernyawa..
Sementara kita masih mampu bernafas...
Sementara kita masih mampu bergerak...

Syukurilah segala nikmat ini dengan menggunakan nikmat ni sebaik mungkin...
Gunakanlah untuk berbuat kebaikan..
Dan bukannya kemaksiatan..
Kerana segala nikmat ini pasti ditarik semula...
Masa bila?

Masa nyawa diambil semula...

Janganlah kita terleka dengan segala nikmat,
sehinggakan kita terlupa Sang Pencipta..
dan hal ini menyebabkan kita KUFUR NIKMAT,


FirmanNya dalam surah Ibrahim ayat 7 bermaksud:
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah lagi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.

QS (Al-Baqarah) - 2:152
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).

Jadi! Wahai muslimin wal muslimat...
Ayuh!
Gunakan nikmat sebaik mungkin!
Ingatilah DIA sentiasa..
kerana DIAlah segala-galanya untuk kita..

*Alhamdulillah ya Allah atas segala kurniaan-Mu ya Allah! :D








1 comment:

  1. jazakallah utk peringatan ini..kita tgk hari ini ramai org sering mengeluh, tapi tak ramai bersyukur dgn nikmat yang melimpah ruah..teruskan usaha baik ini..

    jemput singgah di blog sy juga, dah follow blog ni, jemput follow blog sy juga..:D
    http://shazrinmraz.blogspot.com/

    ReplyDelete