Showing posts with label KRS. Show all posts
Showing posts with label KRS. Show all posts

Tuesday, 17 December 2013

KEM REMAJA SINERGI 4.0 - 2013 *Updated 25/12/13

بسم١لله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt..

Ana nak tnya? Apa habaq smua? Keriangan masih segar dalam fikiran ana.. yg baru sahaja mengikuti sebuah kem.. iaitu KEM REMAJA SINERGI 4.0!

Apa tu? Short formnya KRS 4.0~ Kem ni merupakan salah satu Kem Islamic + Entertainment + Games.. Di bawah syarikat Neo Synergy Training Center (NSTC).

Apa yg hebatnya?

Kem selama 3 hari 2 malam ni.. sngguh hebat! Mantop! Amazing! Brilliant! Dan apa2 lagilah seangkatan dengannya.. Ikhwah2 yg mmg superb~ memberikan pelbagai motivasi, nasihat, games dan berbgai-bagai lagilah.. banyak sangat akhi wa ukhti sekalian..  best sngt.. x dpt nak jelaskan dgn kata-kata.. 

Ana sngat teruja utk ikut kem ni.. Ini merupakan pengalaman kedua ana dalam KRS~ Rasa mcm x puas ja dok sana.. nak dok lama lagi! haha... jumpa ikhwah2.. yg mmg baru knal.. tpi rasa mcm kekuatan ukhwah tu.. mmg xleh lawan lah... 

Nnti ana cerita lagi.. masa suntuk sngt ... (y) hehe~

ada gambar ckit.. *kutip dari fb krs~  (nnti ana akn tmbahkan)


"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" QS - Al-Hujurat (49:10)




"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya" - (Hadis Riwayat al-Bukhari)



Ukhwah till Jannah..


Time nak masuk dewan.. Kalau lewat! Pumping! Hoho~

Beg KRS~ ngan stick ? :v

Baju KRS 4.0.. Lawa kan? kan?

Monday, 31 December 2012

Ingat Allah, Tidak Kira Di Mana Jua Berada.

بسم١لله الرحمن الرحيم 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

 اسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pada suatu ptg, ketika mana ana sdg menunggu bas di stesyen bas MEDAN GOPENG.

Ana terserempak ikhwah yg join skali KRS bersama ana...

Kami pon menunggu bas sambil bersembang seketika...

Tiba-tiba..
Sahabat ana tuh (Muiz), dia ingatkan ana..

"Abg2 fasi kita ckp, bila ada waktu free, cuba luangkan waktu kita dgn ingat pada Allah"

Ana pon jawab "ya x ya jgak ya"

Jadi ana pon ambil beg yg ada dkt sebelah ana, dan baca Quran, termasuk jugak dgn Muiz..

Jadi, kami pon baca Quran di khalayak ramai..

Ramai org yg lihat kami pelik semacam je dengan kami, padahal kami cuma baca Quran... bukan salah kan?

Jadi, dalam kesibukan di tempat awam itu..

Tiba2, dtg Akhi Megat(senior ana) yg join KRS kepada kami..

Kami berhenti sat baca Quran, sbb dia pon nak duduk jgak.. Jadi, dia pon duduk sebelah Muiz..

Kami pon cakap sikit2, then kami bertiga pon baca Quran masing2..

Tepat jam 3.30 ptg (nak ikut tiket bas pukul 3), datang jgak bas ana..

Jadi, ana pon berhenti baca Quran, dan bersalaman dgn Muiz dan Megat..

Ketika mana, ana sdg bawa beg tu, tiba2, datang seorang pak cik.. 

"Nak, kamu belajar tahfiz ke?"

"Taklah pakcik, saya sekolah MRSM PDRM sja"

"Oh, salah pakcik la ni? Maaf ya nak, pakcik sangka kamu tahfiz"

Tuesday, 25 December 2012

KEM REMAJA SINERGI 3.0 (2012)

بسم١لله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah dan rasa syukur pada Allah SWT, kerana dengan izin-Nya, ana dapat kongsikan pengalaman ana ketika menghadiri suatu kem yang diberi nama :

KEM REMAJA SINERGI 3.0

Ketika di sana, ana dapat menimba banyak ilmu pengetahuan tentang agama, pelajaran mahupun masyarakat zaman kini.

Ana juga dapat berkenalan dengan ramai ikhwah dari pelosok Malaysia.
Kami semua seronok dapat berkenalan bersama...
Fasilitator yang di sini sentiasa sporting bersama kami di sini.. Kami menganggap mereka seperti abg2 kami..

:)

Nampak tak? Kekuatan ukhwah semakin erat di situ...

Banyak program yang telah dijalankan seperti Caving, Road to be taken, Apa TARGET Saya? dan macam2 lagilah..

Kami sungguh seronok dalam kepenatan yang dialami sepanjang 3 hari 2 malam ini..