بسم١لله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
اسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pandai VS Dungu?
Apakah perbezaan antara mereka ni?
Pandai atau erti kata lain ‘serba tahu’ yakni “alim”
Dungu atau erti kata lain ‘bodoh’ yakni “jahil”
Perbezaan mereka mengikut hadis Nabi SAW ialah :
“Orang pandai ialah
orang yang rendah diri pada Allah dan beramalan untuk bekalan mati. Orang dungu
ialah yang menurut nafsu dan berangan-angan kosong”
(HR Tirmidzi)
Dalam konteks hadis tesebut, Rasulullah menyebut bahawa
orang yg pandai sentiasa merendah diri kepada Allah dan mereka juga sentiasa
berbuat amalan kebaikan untuk dibawa ke negeri akhirat kelak.
Manakala, orang yang dungu ialah orang yang sentiasa
mengikut hawa nafsu dalam membuat kemaksiatan di dunia yang fana ini.
Untuk kita menjadi orang yang pandai, ilmu yang baik perlu
dipelajari serta diamalkan. Dan ilmu tersebut hendaklah diajarkan kepada orang
lain pula.
Sekiranya tidak tahu, bertanyakanlah kepada orang yang lebih tahu
terhadap sesuatu ilmu, bak kata pepatah “tidak bertanya, sesat jalan”.
Janganlah kita sentiasa berbuat kemaksiatan sehinggakan kita
sesat dari jalan Allah, nau’zubillahiminzalik.
Adakah kita semua merupakan orang yang pandai ?
Tepuklah dada, tanyalah sama iman.
Sekiranya kita melakukan segala kebaikan untuk demi mencapai
keredhaan Allah,
Insya-Allah, Moga kita mendapat keredhaan tersebut.


No comments:
Post a Comment