Wednesday, 26 December 2012

Taqwakah kita Kepada Allah?

بسم١لله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum WBT sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Taqwa?
Apa tu?

Taqwa itu bermaksud perasaan takut dan rendah diri kepada Allah dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Wahai sahabat sekalian,
Kita sering mendengar di ceramah2, majlis2 ilmu atau waktu khutbah jumaat yang menyeru agar kita bertaqwa.. tetapi malangnya, walaupun seringkali didengari pesanan ini, masih ada juga sekolompok manusia yang sering terleka dengan permainan dunia sehinggakan terlupakan kehidupan akhirat yang jauh lebih baik dari dunia.

Firman Allah dalam Surah Al-Ankabuut (29:64) :
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan permainan dan hiburan. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang kehidupan yang sebenar, andai mereka mengetahui."

Dalam Quran sudah jelas bahawa kehidupan dunia ini hanyalah permainan semata-mata,
Namun, berapa juta kelompok manusia yang telah tenggelam dengan keasyikan dunia yang sementara sehinggakan mereka tiada bekalan langsung untuk dibawa dan dihitung di Padang Masyar kelak.

Oleh itu sahabat yg dirahmati Allah sekalian,
Mari kita tutup buku kejahatan yg telah kita lakukan dengan bertaubat kepada Allah.
Dan mulakan hidup kita sekarang dengan berTAQWA kepada Allah.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah (2:233) :
"Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan"

INSYA-ALLAH



No comments:

Post a Comment