Monday, 31 December 2012

Ingat Allah, Tidak Kira Di Mana Jua Berada.

بسم١لله الرحمن الرحيم 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

 اسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pada suatu ptg, ketika mana ana sdg menunggu bas di stesyen bas MEDAN GOPENG.

Ana terserempak ikhwah yg join skali KRS bersama ana...

Kami pon menunggu bas sambil bersembang seketika...

Tiba-tiba..
Sahabat ana tuh (Muiz), dia ingatkan ana..

"Abg2 fasi kita ckp, bila ada waktu free, cuba luangkan waktu kita dgn ingat pada Allah"

Ana pon jawab "ya x ya jgak ya"

Jadi ana pon ambil beg yg ada dkt sebelah ana, dan baca Quran, termasuk jugak dgn Muiz..

Jadi, kami pon baca Quran di khalayak ramai..

Ramai org yg lihat kami pelik semacam je dengan kami, padahal kami cuma baca Quran... bukan salah kan?

Jadi, dalam kesibukan di tempat awam itu..

Tiba2, dtg Akhi Megat(senior ana) yg join KRS kepada kami..

Kami berhenti sat baca Quran, sbb dia pon nak duduk jgak.. Jadi, dia pon duduk sebelah Muiz..

Kami pon cakap sikit2, then kami bertiga pon baca Quran masing2..

Tepat jam 3.30 ptg (nak ikut tiket bas pukul 3), datang jgak bas ana..

Jadi, ana pon berhenti baca Quran, dan bersalaman dgn Muiz dan Megat..

Ketika mana, ana sdg bawa beg tu, tiba2, datang seorang pak cik.. 

"Nak, kamu belajar tahfiz ke?"

"Taklah pakcik, saya sekolah MRSM PDRM sja"

"Oh, salah pakcik la ni? Maaf ya nak, pakcik sangka kamu tahfiz"

Thursday, 27 December 2012

Orang Yg Pandai VS Orang Yg Dungu

بسم١لله الرحمن الرحيم 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

 اسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pandai VS Dungu?
Apakah perbezaan antara mereka ni?
Pandai atau erti kata lain ‘serba tahu’ yakni “alim”
Dungu atau erti kata lain ‘bodoh’ yakni “jahil”

Perbezaan mereka mengikut hadis Nabi SAW ialah :
“Orang pandai ialah orang yang rendah diri pada Allah dan beramalan untuk bekalan mati. Orang dungu ialah yang menurut nafsu dan berangan-angan kosong”
(HR Tirmidzi)

Dalam konteks hadis tesebut, Rasulullah menyebut bahawa orang yg pandai sentiasa merendah diri kepada Allah dan mereka juga sentiasa berbuat amalan kebaikan untuk dibawa ke negeri akhirat kelak.

Manakala, orang yang dungu ialah orang yang sentiasa mengikut hawa nafsu dalam membuat kemaksiatan di dunia yang fana ini.

Untuk kita menjadi orang yang pandai, ilmu yang baik perlu dipelajari serta diamalkan. Dan ilmu tersebut hendaklah diajarkan kepada orang lain pula.
Sekiranya tidak tahu, bertanyakanlah kepada orang yang lebih tahu terhadap sesuatu ilmu, bak kata pepatah “tidak bertanya, sesat jalan”.

Wednesday, 26 December 2012

Taqwakah kita Kepada Allah?

بسم١لله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum WBT sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Taqwa?
Apa tu?

Taqwa itu bermaksud perasaan takut dan rendah diri kepada Allah dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Wahai sahabat sekalian,
Kita sering mendengar di ceramah2, majlis2 ilmu atau waktu khutbah jumaat yang menyeru agar kita bertaqwa.. tetapi malangnya, walaupun seringkali didengari pesanan ini, masih ada juga sekolompok manusia yang sering terleka dengan permainan dunia sehinggakan terlupakan kehidupan akhirat yang jauh lebih baik dari dunia.

Firman Allah dalam Surah Al-Ankabuut (29:64) :
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan permainan dan hiburan. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang kehidupan yang sebenar, andai mereka mengetahui."

Dalam Quran sudah jelas bahawa kehidupan dunia ini hanyalah permainan semata-mata,
Namun, berapa juta kelompok manusia yang telah tenggelam dengan keasyikan dunia yang sementara sehinggakan mereka tiada bekalan langsung untuk dibawa dan dihitung di Padang Masyar kelak.

Oleh itu sahabat yg dirahmati Allah sekalian,
Mari kita tutup buku kejahatan yg telah kita lakukan dengan bertaubat kepada Allah.
Dan mulakan hidup kita sekarang dengan berTAQWA kepada Allah.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah (2:233) :
"Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan"

INSYA-ALLAH



Tuesday, 25 December 2012

Allah Sentiasa Bersama Kita

بسم١لله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Walau di mana kita berada,
Biarlah Allah sentiasa di hati,

Tidak kisahlah sama ada di sekolah, rumah, pejabat dan lain-lain lagi,
Ingatlah bahawa Allah tidak pernah sesekali meninggalkan kita.
Jadi, janganlah sesekali kita melupakan Allah.
Ingatilah Allah sentiasa kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan sentiasa tenang.

Ingatilah DIA kerana :-

KEM REMAJA SINERGI 3.0 (2012)

بسم١لله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah dan rasa syukur pada Allah SWT, kerana dengan izin-Nya, ana dapat kongsikan pengalaman ana ketika menghadiri suatu kem yang diberi nama :

KEM REMAJA SINERGI 3.0

Ketika di sana, ana dapat menimba banyak ilmu pengetahuan tentang agama, pelajaran mahupun masyarakat zaman kini.

Ana juga dapat berkenalan dengan ramai ikhwah dari pelosok Malaysia.
Kami semua seronok dapat berkenalan bersama...
Fasilitator yang di sini sentiasa sporting bersama kami di sini.. Kami menganggap mereka seperti abg2 kami..

:)

Nampak tak? Kekuatan ukhwah semakin erat di situ...

Banyak program yang telah dijalankan seperti Caving, Road to be taken, Apa TARGET Saya? dan macam2 lagilah..

Kami sungguh seronok dalam kepenatan yang dialami sepanjang 3 hari 2 malam ini..

Monday, 24 December 2012

Keimanan Dalam Kehidupan

Tazkirah waktu ini :

Kehidupan seorang muslim di dunia bukanlah hanya bertujuan untuk mencari kekayaan di dunia, tetapi juga di akhirat.
Kaya itu perlu, tetapi sekadar hanya perlu untuk keperluan sahaja dan bukannya untuk kemewah-mewahan. Dan kita perlu ingat tujuan utama kita hidup di dunia iaitu mencari keredhaan Allah.

Sekiranya nak jadi jurutera, jadilah jurutera yang beriman
Sekiranya nak jadi guru, jadilah guru yang beriman
Sekiranya nak jadi polis, jadilah polis yang beriman
Sekiranya nak jadi tentera, jadilah tentera yang beriman

Tidak kisahlah apa pekerjaan kita, pastikan, kita orang yang beriman.
INSYA-ALLAH.





Saturday, 22 December 2012

Permulaan Dakwah Dalam BLOG

Assalamualaikum wahai sahabat sekalian,

Pertama sekali, rasa syukur yg teramat ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin-Nya, ana dapat melakukan suatu perubahan terhadap diri ana dan Insya-Allah juga kepada diri antum juga.

Selawat kepada rasul junjungan kita, iaitu Nabi Muhammad SAW kerana dengan kesabarannya dalam tarbiyahnya mendidik para sahabat telah memberikan kita suatu nikmat yang tidak terhingga, iaitu nikmat Islam.  

Tak kenal maka tak cinta, itu kata-kata biasa...
Tapi, murobbi ana berkata, tak kenal, maka ta'aruf (perkenalkan)...

Jadi ana perkenalkan diri ya :)

Ana Wan Amirul Hakim bin Wan Yuhainis.
Masih belajar di MRSM PDRM, Kulim, Kedah.
Berumur 16 tahun.
Mula mencari apa erti redha ketika ana masih Tingkatan 1.. ketika itu ana menyertai SKUAD BADAR.

Tidak ada apa lagi kot yang ana nak ceritakan :)

Ana membuat blog ini sbb ana juga mahu berdakwah seperti insan2 muslim yang lain..
Ana berharap blog ana ini dapat bersama berkongsi ilmu bersama2 org lain...

Mungkin ana kurang menge'post' sbb ana hidup berasrama.. Ana asif ya..

Sekiranya, ada apa2 permasalahan/cadangan/pembetulan, antum semua bolehlah menyertakan komen antum ya..
INSYA-ALLAH...

Wassalamualaikum WBT