Wednesday, 13 February 2013

Pahala VS Dosa...

Kebanyakan drpd kita tahu bahawa kebaikan(haq) yg dilakukan mampu dibalas dgn ganjaran PAHALA drpd Allah seterusnya pahala yg dilakukan kerana Allah Ta'ala mampu mendekatkan diri dgn DIA dan mampu menjadi sebagai bekalan amalan di akhirat kelak ...

Namun... kita sering terleka dgn melakukan maksiat(benda yg dilarang Allah-batil) seterusnya kita dibalas dgn DOSA dan menjauhkan diri kita dgn Allah seterusnya bekalan kejahatan ini akan membinasakan kita di akhirat kelak..

Kita kata kita sayang Allah... Namun mana buktinya?
Mana buktinya kita Cinta DIA!?
Mana buktinyya kita Sembah DIA?!
Kita sering utamakan hawa nafsu.. sehingga Allah dipinggirkan..
Kita sering jadikan hawa nafsu sbg 'tuhan' kita,.. SEDARKAH KITA ?

Saturday, 26 January 2013

Nikmat Allah Perlu Disyukuri

Kenapa kita perlu bersyukur dengan segala nikmat?
Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Kerana semua nikmat ni hanyalah pinjaman daripada Allah untuk sementara sja..
Sementara kita masih di dunia..
Sementara kita masih bernyawa..
Sementara kita masih mampu bernafas...
Sementara kita masih mampu bergerak...

Syukurilah segala nikmat ini dengan menggunakan nikmat ni sebaik mungkin...
Gunakanlah untuk berbuat kebaikan..
Dan bukannya kemaksiatan..
Kerana segala nikmat ini pasti ditarik semula...
Masa bila?

Masa nyawa diambil semula...

Janganlah kita terleka dengan segala nikmat,
sehinggakan kita terlupa Sang Pencipta..
dan hal ini menyebabkan kita KUFUR NIKMAT,

Monday, 31 December 2012

Ingat Allah, Tidak Kira Di Mana Jua Berada.

بسم١لله الرحمن الرحيم 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

 اسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pada suatu ptg, ketika mana ana sdg menunggu bas di stesyen bas MEDAN GOPENG.

Ana terserempak ikhwah yg join skali KRS bersama ana...

Kami pon menunggu bas sambil bersembang seketika...

Tiba-tiba..
Sahabat ana tuh (Muiz), dia ingatkan ana..

"Abg2 fasi kita ckp, bila ada waktu free, cuba luangkan waktu kita dgn ingat pada Allah"

Ana pon jawab "ya x ya jgak ya"

Jadi ana pon ambil beg yg ada dkt sebelah ana, dan baca Quran, termasuk jugak dgn Muiz..

Jadi, kami pon baca Quran di khalayak ramai..

Ramai org yg lihat kami pelik semacam je dengan kami, padahal kami cuma baca Quran... bukan salah kan?

Jadi, dalam kesibukan di tempat awam itu..

Tiba2, dtg Akhi Megat(senior ana) yg join KRS kepada kami..

Kami berhenti sat baca Quran, sbb dia pon nak duduk jgak.. Jadi, dia pon duduk sebelah Muiz..

Kami pon cakap sikit2, then kami bertiga pon baca Quran masing2..

Tepat jam 3.30 ptg (nak ikut tiket bas pukul 3), datang jgak bas ana..

Jadi, ana pon berhenti baca Quran, dan bersalaman dgn Muiz dan Megat..

Ketika mana, ana sdg bawa beg tu, tiba2, datang seorang pak cik.. 

"Nak, kamu belajar tahfiz ke?"

"Taklah pakcik, saya sekolah MRSM PDRM sja"

"Oh, salah pakcik la ni? Maaf ya nak, pakcik sangka kamu tahfiz"

Thursday, 27 December 2012

Orang Yg Pandai VS Orang Yg Dungu

بسم١لله الرحمن الرحيم 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

 اسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pandai VS Dungu?
Apakah perbezaan antara mereka ni?
Pandai atau erti kata lain ‘serba tahu’ yakni “alim”
Dungu atau erti kata lain ‘bodoh’ yakni “jahil”

Perbezaan mereka mengikut hadis Nabi SAW ialah :
“Orang pandai ialah orang yang rendah diri pada Allah dan beramalan untuk bekalan mati. Orang dungu ialah yang menurut nafsu dan berangan-angan kosong”
(HR Tirmidzi)

Dalam konteks hadis tesebut, Rasulullah menyebut bahawa orang yg pandai sentiasa merendah diri kepada Allah dan mereka juga sentiasa berbuat amalan kebaikan untuk dibawa ke negeri akhirat kelak.

Manakala, orang yang dungu ialah orang yang sentiasa mengikut hawa nafsu dalam membuat kemaksiatan di dunia yang fana ini.

Untuk kita menjadi orang yang pandai, ilmu yang baik perlu dipelajari serta diamalkan. Dan ilmu tersebut hendaklah diajarkan kepada orang lain pula.
Sekiranya tidak tahu, bertanyakanlah kepada orang yang lebih tahu terhadap sesuatu ilmu, bak kata pepatah “tidak bertanya, sesat jalan”.

Wednesday, 26 December 2012

Taqwakah kita Kepada Allah?

بسم١لله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum WBT sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Taqwa?
Apa tu?

Taqwa itu bermaksud perasaan takut dan rendah diri kepada Allah dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Wahai sahabat sekalian,
Kita sering mendengar di ceramah2, majlis2 ilmu atau waktu khutbah jumaat yang menyeru agar kita bertaqwa.. tetapi malangnya, walaupun seringkali didengari pesanan ini, masih ada juga sekolompok manusia yang sering terleka dengan permainan dunia sehinggakan terlupakan kehidupan akhirat yang jauh lebih baik dari dunia.

Firman Allah dalam Surah Al-Ankabuut (29:64) :
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan permainan dan hiburan. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang kehidupan yang sebenar, andai mereka mengetahui."

Dalam Quran sudah jelas bahawa kehidupan dunia ini hanyalah permainan semata-mata,
Namun, berapa juta kelompok manusia yang telah tenggelam dengan keasyikan dunia yang sementara sehinggakan mereka tiada bekalan langsung untuk dibawa dan dihitung di Padang Masyar kelak.

Oleh itu sahabat yg dirahmati Allah sekalian,
Mari kita tutup buku kejahatan yg telah kita lakukan dengan bertaubat kepada Allah.
Dan mulakan hidup kita sekarang dengan berTAQWA kepada Allah.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah (2:233) :
"Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan"

INSYA-ALLAH



Tuesday, 25 December 2012

Allah Sentiasa Bersama Kita

بسم١لله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Walau di mana kita berada,
Biarlah Allah sentiasa di hati,

Tidak kisahlah sama ada di sekolah, rumah, pejabat dan lain-lain lagi,
Ingatlah bahawa Allah tidak pernah sesekali meninggalkan kita.
Jadi, janganlah sesekali kita melupakan Allah.
Ingatilah Allah sentiasa kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan sentiasa tenang.

Ingatilah DIA kerana :-

KEM REMAJA SINERGI 3.0 (2012)

بسم١لله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah dan rasa syukur pada Allah SWT, kerana dengan izin-Nya, ana dapat kongsikan pengalaman ana ketika menghadiri suatu kem yang diberi nama :

KEM REMAJA SINERGI 3.0

Ketika di sana, ana dapat menimba banyak ilmu pengetahuan tentang agama, pelajaran mahupun masyarakat zaman kini.

Ana juga dapat berkenalan dengan ramai ikhwah dari pelosok Malaysia.
Kami semua seronok dapat berkenalan bersama...
Fasilitator yang di sini sentiasa sporting bersama kami di sini.. Kami menganggap mereka seperti abg2 kami..

:)

Nampak tak? Kekuatan ukhwah semakin erat di situ...

Banyak program yang telah dijalankan seperti Caving, Road to be taken, Apa TARGET Saya? dan macam2 lagilah..

Kami sungguh seronok dalam kepenatan yang dialami sepanjang 3 hari 2 malam ini..