Monday, 31 December 2012

Ingat Allah, Tidak Kira Di Mana Jua Berada.

بسم١لله الرحمن الرحيم 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

 اسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pada suatu ptg, ketika mana ana sdg menunggu bas di stesyen bas MEDAN GOPENG.

Ana terserempak ikhwah yg join skali KRS bersama ana...

Kami pon menunggu bas sambil bersembang seketika...

Tiba-tiba..
Sahabat ana tuh (Muiz), dia ingatkan ana..

"Abg2 fasi kita ckp, bila ada waktu free, cuba luangkan waktu kita dgn ingat pada Allah"

Ana pon jawab "ya x ya jgak ya"

Jadi ana pon ambil beg yg ada dkt sebelah ana, dan baca Quran, termasuk jugak dgn Muiz..

Jadi, kami pon baca Quran di khalayak ramai..

Ramai org yg lihat kami pelik semacam je dengan kami, padahal kami cuma baca Quran... bukan salah kan?

Jadi, dalam kesibukan di tempat awam itu..

Tiba2, dtg Akhi Megat(senior ana) yg join KRS kepada kami..

Kami berhenti sat baca Quran, sbb dia pon nak duduk jgak.. Jadi, dia pon duduk sebelah Muiz..

Kami pon cakap sikit2, then kami bertiga pon baca Quran masing2..

Tepat jam 3.30 ptg (nak ikut tiket bas pukul 3), datang jgak bas ana..

Jadi, ana pon berhenti baca Quran, dan bersalaman dgn Muiz dan Megat..

Ketika mana, ana sdg bawa beg tu, tiba2, datang seorang pak cik.. 

"Nak, kamu belajar tahfiz ke?"

"Taklah pakcik, saya sekolah MRSM PDRM sja"

"Oh, salah pakcik la ni? Maaf ya nak, pakcik sangka kamu tahfiz"

-Stop the story-

Ambil ibrah(iktibar dari cerita ni)

Cuba kita luangkan masa lapang kita, dgn membaca Al-Quran dan sebgainya..

Baca Quran dkt tempat awam pon dah jadi pelik..
Sepatutnya, kita yg patut pelik dgn org yg tak baca Quran kan?

Jangan jadikan sibuk sebgai alasan utk kita lupakan Dia..

Ingat bahawa, syaitan sentiasa sibukkan kita dgn urusan2 dunia, sehingga melupakan Allah..

Ketika mana, malaikat Izrail mahu mengambil nyawa,

Adakah kita mampu ckp "Leklu bro.. bagi seminit je"

Tak mampu kan?

So, berilah kelapangan kepada Allah..

Allah berfirman yang bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." 
(Surah ar-Ra'd, ayat 28)

Firman Allah, "Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang."
(Al-Ahzab 41-42)

Firman Allah, "Maka apabila kamu telah menyelesaikan solatmu, ingatlah Allah di masa berdiri, di masa duduk dan di masa berbaring."
(An-Nisa' 103)

INSYA-ALLAH
SEMOGA DAPAT BERAMAL YA :)






2 comments: